Kembali

     Terdetik hati ni untuk mengaktif kan diri dalam blog ini, sepanjang beberapa tahun aku berhenti dari dunia blog ini, tiba tiba terdetik hati ini untuk menulis sesuatu atau luahan perasaan atau ketidak puas hatian ataupun apa apa sahaja yang berkaitan dengan diri sendiri atau sekeliling. Kenapa? entah la, aku rasa aku minat pada penulisan.

Mengapa?
     Nak diikutkan aku ni tiada darah seni, tetapi aku rasa seni ini sangat luas. penulisan, muzik, lukisan dan apa apa sahaja perkataan atau perkara yang aku rasa ianya memberi sesuatu maksud aku anggap ianya seni.

        Nak menulis bukannya senang, ia memerlukan idea - idea yang tidak akan habis, makin banyak kita menulis lagi banyak idea yang keluar. Bagi aku penggunaan perkataan yang betul juga dapat membantu untuk menambahkan lagi idea penulisan seseorang. Aku memang bukan budak sastera, tetapi keinginan untuk aku menulis ini sangat tinggi. Aku tidak meluahkan apa yang aku rasa tetapi aku menulis ini untuk memberi pendapat atau idea yang baru, bukan untuk mengkritik, tetapi aku cuba untuk memberi pendapat pendapat yang aku  rasa ianya boleh digunakan seseorang dan ianya membawa kebaikan kepada orang ramai lebih lebih lagi orang yang membaca blog ini. 

      Aku seorang pelatih dari sebuah kolej dibawah KKM, bukan niat nak bangga tetapi sekurang kurangnya bila ada orang membaca blog ini, mereka tidak menggangap diriku sebagai 'keyboard warrior'. Aku mengambil diploma kesihatan persekitaran. dan tidak lama lagi, aku akan menamatkan pengajian, Insya-Allah. 


       Ok, cukup untuk pengenalan serba sedikit tentang diri ini. sekarang ni, aku nak menulis sesuatu atau berkongsi kepada sahabat sahabat yang sedang membaca blog ini mengenai pengalaman yang aku lalui sepanjang 5 tahun ni. Selepas SPM, aku mendapat tawaran  menyambung pengajian di UiTM, bidang yang ditawarkan ialah Diploma Sains Sukan. Ya, aku seorang yang aktif dalam sukan, nak kata hebat tu tidaklah tetapi disebabkan minat. Bila kita minat, maka timbulah keinginan untuk belajar dan ianya bukan terpaksa, bagi aku, belajar secara terpaksa adalah sesuatu perkara yang mensia-siakan peluang seseorang individu yang mempunyai kelebihan dalam sesuatu bidang dan berkemungkinan ianya mungkin menjadikan seseorang individu itu pakar dalam sesuatu bidang yang diceburi kerana ianya minat. Tapi aku faham, kenapa mereka tidak sambung pengajian mereka dalam bidang yang mereka minati, i) mungkin disebabkan peluang pekerjaan yang sedikit ii) kehendak ibu bapa iii) masalah keewangan yang timbul dalam keluarga.

     Aku tak salahkan sesiapa, cumanya aku hanya berkongsi pendapat kerana setiap individu mempunyai pendapat yang berbeza. aku sempat belajar di sana setahun sahaja. Lagi 3 tahun aku berada di sebuah kolej dibawah KKM. sepanjang aku berada di sini, banyak perkara yang aku pelajari bukan sahaja dari segi akademik, tetapi dari segi pergaulan, dari segi percakapan dan beberapa lagi faktor yang banyak aku belajar disini. Aku masih belajar dan terus belajar dari segi pembelajaran formal dan tidak formal.

p/s Belajar tidak semestinya dalam kelas, pembelajaran yang tidak formal ialah pembelajaran yang            paling berguna untuk kehidupan seharian. Ianya hanyalah satu pendapat.


Penulisan aku kali ini hanyalah sebagai pemanas badan untuk aku menulis, sekiranya salah dan silap, harap dimaafkan ya. Selamat Menyabut Bulan Ramadhan. 



SELAMAT MEMBACA YA SEMUA


Comments